Pembetulan dan pelan baharu
Bismillah.
Sudah lama aku tidak menulis di ruangan ini. Entah apa yang terlintas
dalam fikiran hingga membawa ke sini.
Baik, sejak beberapa hari kebelakang ini,
graf naik turun. ~~
Hari Sabtu lepas Hasya naik pentas terima anugerah. Gembira
dengan prestasi dia sungguh pun baru tahap 1. Gembira kerana dia cepat adaptasi
dengan aliran perdana. Dia selesa dengan suasana tu. She walks in beauty and poise in every her step. Proud father.
Si abang sedang dalam minggu peperiksaan sekolah agama. Anxious aku dibuatnya.
Anak nak exam aku yang gelisah.
Ok, cerita pendeknya petang tadi lepas ambil semua anak,
Hasya maklum dah terima full result PBD. As expected, TP5. UASA pun result dia
sedap.
Tapi si abangnya unexpected result. Menjunam ke bawah entah lubuk mana
dia masuk. Sebagai seorang ayah yang memang bagi extra fokus pada perkembangan
sahsiah & pendidikan dia, aku tak boleh nak negotiate. Kecewa tu jangan cakap,
aku kena bagi dia lesson learned. Lepas kena 1 round syarahan ringkas, malam ni
aku silent treatment.
Malam ni aku korbankan masa penting untuk tak duduk &
tengok dia ulangkaji untuk subjek sekolah agama esok. Dia survive-lah malam ni
dengan ketiadaan aku.
At last, dia penat dia tidur. Dia tahu aku tak senang
dengan keputusan UASA dia. Aku pula tahu yang dia tengah struggle nak kekalkan
apa yang dia pernah capai.
Jadi, aku ambil pendekatan refleksi diri. 30 minit
bercakap dengan isteri tentang pembetulan dasar dan pendekatan baharu untuk
tahun-tahun kedepan. Semua demi anak-anak.
30 minit yang ringkas tu, aku kena
sediakan 1 pelan pembangunan bersasar yang perlukan pelaburan.
Risiko perlu
diambil.
Anak-anak sentiasa jadi pemegangtaruh yang paling besar berbanding
hal-hal lain. Kekal tenang, dan ke hadapan. ~Pendidkan itu ilmu, ilmu akan mengangkat
darjat. Percaya.
Nota kurang penting: Aku syak aku rabun dekat.
#bukitmewah
#ruangtamu
Comments
Post a Comment