September bersinar
September.
Rasa berdebar terus menjahit. Menanti kehadiran ahli baharu dalam kehidupan kami. Detiknya hampir tiba.
Sungguh.
Sungguh tidak terlintas bahawa bakal menimang buah hati buat kali ketiga. Ini kali perasaan agak lain.
Selalunya doa dipanjat menurut niat seorang hamba. Namun, Surah Ali Imran ayat 54 : Manusia merancang Allah sebaik-baik perancang.
Moga isteri saya terus dirahmati. Bertepatan dengan kisah Hannah (ibu Maryam) ;
Seraya Hana berkata: "Wahai Tuhan! Saya dedikasikan kepada-Mu apa yang ada dalam kandungan rahimku untuk berkhidmat di (Baitul Maqdis): Maka terimalah: Kepada Tuhanmu lah yang mendengar dan mengetahui segala sesuatu." (Al-Quran, Surah Ali-Imran ayat 35)
September.1988.2015.2022
Ridzwan
(Bapa anak dua bakal tiga)
Comments
Post a Comment