Hang Tak Senang.

Aku belum tenang. 

Kali ini agak berpanjangan diam aku. Banyak mengadu pada yg SATU, harap aku elok 'dipandu'-Nya untuk terus 'memandu'. 

Belakangan ini aku rasa aku kurang senang, walau anak-anak dalam keadaan sudah recovery daripada sakit, dan sedikit hal kerja semakin surut. Kurang senang mungkin pada yg sudah ada akal. Manusia. Sekeliling. Aku cermin diri, aku yg patut ubah atau aku patut adaptasi situasi? Bingung. 

Kadang aku pun silap ambil mudah terus sahaja ke keputusan, walhal ruang bincang tu sentiasa terbuka. Silap. 

Masing-masing ambil peranan. Aku bagi ruang tapi ruang tu kadang-kadang disiakan. Buat lagi dan lagi. Norma manusia sering lupa. Aku pun gitu lah. 

Nasihat untuk aku dan siapa2 pun usahlah menyondol seperti khinzir walau berada di tahun khinzir ini. Lalu aku selitkan sepotong hadis sebagai ingatan sesungguhnya..

Sabar itu adalah pada ketukan pertama. 




Nota ingatan : 
ALFATIHAH UNTUK MAKCIK KESAYANGAN HJH SALBIAH BINTI AHMAD TELAH KEMBALI MENEMUI PENCIPTANYA PADA JUMAAT 8/2/2019. 

Comments

Popular Posts