Apa yang tiada, diadakan. Cuba.
Assalamualaikum.
Sudah menjengah ke separuh masa kedua bulan ramadhan. Apa rasa? Hati ada bagus? InsyaAllah segala kerja yg baik berjalan dgn baik.
Bila sebut tentang baik, terasa nak bercerita sikit tentang keadaan badan yg kian semakin pulih. Ke arah kebaikan. Sihat hampir sepenuhnya. Semua ini oleh kerana kekuasaan Yang Maha Esa. Syukur.
Lepas selesai isu badan, aku beralih kpd isu kereta. Ni pun isu yg mampu mengoyakkan poket serta dompet gua. Emosi juga tidak ketinggalan. Baru sahaja mengisi isi perut enjin kereta dengan bateri baru. Koyak sikit2 dompet ni. Tenang di wajah, di hati sapa tahu? Hmm. Dah tu lepas tukar bateri baru, die meragam pulak dgn air-cond tak fungsi, radio sunyi, lampu sepi. Mak aih! Ini bukan calang cari pasal. Yang dah koyak nak dikoyakkan lagi? Vangang ape. puhh!
Takpe, gua dah mandikan dia harap dia sejuk jiwanya. At least. Sejuk jugak jiwa gua bila tgk kasih syg gua mula terpancar pada setiap sisi badannya.
Ok. Masalah. Masalah hubungan berlainan jantina atau lebih santainye hubungan sejiwa ni terus menjadi isu yg gua suka ketengahkan utk dibincangkan. Jauh drp sudut hati gua, gua inginkan sesuatu yg bahagia. Ya! mmg gua adalah golongan yg sedang bahagia, tp sejauh mana kebahagiaan itu mampu kekal sedangkan ia adalah bersifat sementara. Memang sementara.
Memberi utk bahagia. Mampu?
Mudah sahaja, cadangan gua begini. Kalau tiada daya atau apa yg mampu diberi, sekurang-kurangnya cuba lah utk member perhatian yg cukup kepada pasangan. At least. Terasa dihargai wahai si pasangan itu dgn perhatian yg berkualiti. Ini nasihat utk gua juga.
Maka tidak salah utk melakukan salah, kerana itu lumrah sebagai manusia yg jahil. Kau salah, aku tegur. Aku salah, kau tegur. Sampai bila? sampai kiamat. Sesungguhnya saling mengingati. Sabar. Itu poin utama.
Salam.
Comments
Post a Comment