Alam yg Mengenal.
Aku mula bertatih dgn kejahilan, satu saja matlamat dlm diri adalah mahukan kemajuan setiap drp sentuhan aku. Itu kebanggan pada diri yg bukan utk dinilai.
Pada alam aku semaikan bakat kurniaan Allah. Tenang bukan kepalang, biar hujan berlecak lumpur janji aku hilang drp hingar bingar dunia serba metro itu. Manusia bukan sentiasa faham isi hati ini, kekadang berbicara sendiri ditemani pohon hijau dan air mengalir lebih murni dan teranjak minda serta hati ini.
Lumrah dunia,
yang dtg pasti kembali,
itu kuasa bukan paksa,
silangkaki menjenguk insan bijak melabur kaya,
kisah jadi putaran dunia, bukan lagi hukum alam biasa.
Hak itu punya milik,
tidak dihalang mahupun didamba.
Aku kasihkan yg dulu, kerana selalu berhemah lembut-laku,
kini mengapa bisa tegar jiwanya sendiri pinta sendiri merindu.
Leraikan yg dahulu baru kini terurai,
usah diganyang rasa kalbu.
Lihatkan anganku merana,
mengekori rentak irama hidup ini,
jika hati berbelah sedia,
tidak ku pinta hidup begini.
Simpan satu utk satu,
peduli rasa yg berkelana,
aku perlukan kamu,
teruskan bersama selamanya.
Comments
Post a Comment