Manusia Bernama Manusia.
Benda paling pantang aku dengar sekarang adalah perkataan "FINAL YEAR PROJECT" atau FYP. Sumpah aku cakap benda ni mmg tak mendatangkan sesuatu yg total positive terhadap kehidupan seorang pelajar. Pada pendapat aku semua itu atas dasar teori dan keputusan berdasarkan hasil atas kertas semata-mata.
Keadilan.
Di mana letaknya sesuatu keadilan bila kamu bekerja secara berkumpulan namun yg beriya-iya hanyalah seorang dua sahaja? Hatta, di hujung waktu segalanya dibahagi secara sama rata.
Hubungan.
Selama pemerhatian berkala aku, aku dapati fenomena FYP ini sgt menjauhkan hubungan antara manusia dgn manusia lain. Apa kejadahnya hinggakan aktiviti keluarga juga tidak mampu dihadiri walhal itu yg lebih penting.
Kerjasama.
tak berapa praktikal sgt sbb ia tidak boleh dibuktikan secara telus. Di hadapan supervisor sahaja ia nampak praktikal ketika "cover line" di antara ahli kumpulan. ITU SAHAJA. Maka sampailah tahap "Awak diam, saya nak dengar mereka pulak yg bersuara.." Nampaklah ia tidak berhasil drp kerjasama-coverline itu.
Walaubagaimanapun, ini bukan lah sesuatu yg layak utk aku adili. Ini semua berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku di sepanjang berada di situasi ini. Mungkin aku sahaja yg hadapi. MUNGKIN. Aku lantang berkata-kata jika ia tidak enak dipandang, tapi adakah ia berbaloi jika lantangan itu dilayan sepi? Itulah yg aku hadapi, manusia yg tidak agresif, kurang produktif dlm bekerja. Segalanya akan berlalu juga, tapi aku lebih kasihani insan-insan ini. Mudah-mudahan mereka akan berubah.
Sialkan saja sikap aku ini, padahal aku jugak byk sengetnya. Tak semuanya yg betul tentang tanggapan aku berkenaan manusia lain, ini rasa aku. Aku ada ruang, aku siramkan. Bukan aku bajai dgn fitnah, tp itu realiti hidup ini. Setiap manusia akan hadapi perkara yg sama.
Itu rasa. Tiada hak utk diadili.

Comments
Post a Comment