Manisan yg hempedu

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan pada Allah kerana dipanjangkan umur utk kali ke 23 thun utk menikmati nikmat dunia ini. Ada kata orang, semakin dekat pada mati, tidak aku menidakkan tp lebih matang utk ke arah itu. Amin.

Jam 2.40 pagi, masih belum tiba nafsu tidur sedang esok ada tanggungjawab lebih penting. Baik, terus ke titik noktah, kali ini aku rasakan sesuatu manisan yg hempedu. Situasi kali ini berbeza sedikit kerana rasa seronok pada saat ini seperti terbatas. Silap diri atau silap percaturan? sedang muhasabah diri hingga tiba waktu utk menghadapi.

Jujur aku katakan yg aku sedang rindukan Mak dan Ayah. Terbawa-bawa dlm mimpi ptg td, walaupun isi mimpi itu tidak logik penceritaannya tapi tafsiran aku mungkin rindu aku pada mereka mendalam. Sampai kini aku masih belum lg berhubung suara-telinga dgn mereka. Derhakakah aku? *diam.

Lain, jujur lagi aku katakan, aku gembira di sisi dia. Bebas menerima aku dr pelbagai sudut, tak lesu melayan ragam aneh aku. Apa lagi yg dicari kalau itu sudah cukup terhidang utk disantap. Bersama menemani hari indah menyambut duapuluhtiga tahun kelahiran itu sudah cukup indah bg aku. Terima kasih drp hati utk anda.

Basuh hati.

Comments

Popular Posts