Maafkanlah


Memaafkan org laen bererti memaafkan diri sendiri. Hidup terlalu singkat untuk membenci.

Wahai diri…

Jika datang org ‘menghadiahkan’ air mata, jgn dilihat manusia itu sbg ‘sebab’, sedangkan Allah sdg mendidikmu utk sabar. Kita bukan malaikat utk terus pasrah tanpa trusik tercalar oleh cakar insan. Namun pujuklah hati, katakan.. tidak ada keadilan yg mutlak di dunia ini.

Jangan menggergaji habuk kayu, jangan disesali perkara2 yg telah berlaku.

Pengalaman lampau sntiasa membuktikan permusuhan hanya mberi kepuasan sementara. Apabila ‘fatamorgana’ itu berlalu, aku akan menjadi lebih dahaga drpd sebelumnya. Sehingga suatu ketika, akal diletakkan di kaki, nafsu amarah menguasai diri. Ingatlah, Mukmin tidak akan terperosok dlm lubang yg sama utk kali ke dua.

Berasa susah dgn kesusahan org lain agk mudah berbanding berasa senang dgn kesenangan org lain. Nikmat itu dihasad.

Terimalah hakikat Allah yg mencatur rezeki dan nikmat. Jangan kau tanyakan mengapa dia yg licik dgn gelecek segala strategi dimenangkan sedangkan aku yg bersenjatakan kebenaran dan kesederhanaan selalu dikalahkan? Segala- galanya diluar bidang kuasa kita. Jangan smp kita kufur nikmat.

Wahai diri..

Ingatlah, yg tercabar bukan harga dirimu tetapi keegoanmu! Harga diri itu milik kita selamanya. Tidak luput, tidak lupus, tidak dicabut org lain. Jgn bimbang jika tidah dihargai, tetapi bimbanglah jika benar- benar tidak berharga lagi. Di mata siapa? Di mata diri sendiri, dimata Allah. Bukan dimata manusia lain yg memandang maruah itu kelas pertama berbanding iman, yg jadi bekal untuk akhirat. Kalau ALLAH mahu muliakan kita, maka dikerah semua hati memuliakan kita. Ketika itu, ape perlunya simpati manusia?

Di sini tidak lama. Di sana juga tempat berehat segala penat.

Masih terasa tusukan sebuah dendam yg membara. Masih terngiang- ngiang segala kata nista. Memberi maaf kpd mereka seperti menggadaikan harga diri. Dan cukup sakit, bila yang lain melaungkan kata- kata semangat kepada ‘pesalah- pesalah’ ini. Namun itu hanya bisik ‘hati besar’ ku. Tetapi jauh dalam diri… ada suara ‘hati kecil’ yg bergetar. Maafkanlah… lupakan, cintakan, sayangkan, kasihkan.. Berperang dgn mereka bererti berperang dgn diri sendiri..

“ Tolaklah kejahatan dengan sebuah kebaikan. Nescaya engkau akan dapati musuhmu akan menjadi seolah- olah saudaramu” [Fussilat:34]

Siapa aku, yg begitu sukar memaafkan? Tuan? TUHAN? Aku hanya hamba. Sedangkan DIA Sang Pencipta, Maha Pengampun, siapa aku utk terus berdendam? Ya Allah.. ampunkanlah aku. Sengaja atau tidak sengaja, sering atau terkadang… aku terlanjur menumpang hak- Mu.

Utk akhirnya,

Coretan pendapat ini bukan untuk didebat, bukan utk dibahas, tidak wajib betol, harus ade salahnye..

Selagi kamu tidak bahagia melihat kebahagiaan orang lain… itu petanda kau sendiri belum bahagia.


Apabila ikhlas pbuatan dibalas dgn cacian,
Hati nurani ini tetap dihadapan,
Semoge diri mendapat pedoman,
Nasihat ini utk diri dan kawan……..




Comments

Popular Posts