Sedetik jauh.

Pagi hari ini hujan turun rintik-rintik. Suasana luar samar gelap. Aku gagahi tuk bergerak lari daripada lena demi mengejar ilmu yg tak mungkin esok diperolehi dgn niat kerana Allah. Biar rintik hujan jadi saksi akan kasih syg aku pada ilmu. Lain rasanya hari ini bila semangat aku hari ini tak seperti hari2 lain. Kenapa? sukar diungkap. Bila melihatkan dunia kini semakin rakus dan cergas kitarannya semakin aku rasa takut dan akur bahawa HARI itu mungkin hampir dgn kita isi dunia ini. Hmmm..

Kisah manusia sesama manusia tidak lari didengar di corong-corong radio mahupun tidak lekang mata ini drp tontonan umum ceritera di dada peti tonton itu. Pemberontakan, politik dusta, jenayah minda dan fizikal serta kerakusan si Besar membuli si Kecil. Kisah-kisah yg tidak pernah tertutup pekungnya. Sedarkah kita bahawa kita dibesarkan sealiran-arus dgn kisah-kisah ini. 

Hasil drp kisah-kisah ini terhasilnya alam yg penuh dgn keindahan hutan batu-batuannya, kebun2 nuklear nye, dan mungkin byk lagi keindahan yg ada. Peluang utk melihat bumi ini lebih indah sgt tipis. Tak berdaya rasa nak bersuara sedangkan aku yg di sini yg merasakan kesannya. Hak kita terabai tapi tgn masih dikocek tidak mampu utk bertindak. Kita kecil bagai kuman. 


"Hidup ini macam palat, tapi esok masih ada"




p/s: ruang masih byk, jgn lupe itu bukan semua kita punya.

Comments

Popular Posts