Kertas vs Pengalaman
Tidak keruan dibuatnya aku. semalaman minda ini dihambat soal dunia yg hanya semata-mata dunia yg berpijak pada realistik dan logikal pemikiran manusia. Membuak2 rasa nak menyentuh soal tanggungjawab seorang pelajar dan khalifah di bumi ini. sidang ini bukan hendak menyentuh hak individu utk bebas berkata-kata tapi aku merasakan seperti ada koreksi disitu. Antara kepentingan KERTAS vs. PENGALAMAN. Semalam setelah bersentuhan dgn isu ini aku mendapatkan khabar berita tentang hakikat letaknya seorang graduan segar apabila meniti hari utk mencari pekerjaan. Apa yg terjadi pada dunia realiti ini terutamanya di Malaysia(konteks dlm negara)???
KERTAS bkn penentu kejayaan
Mentaliti kebanyakan mahasiswa telah dikemuncupkan dengan ’mind setting’ yang pesimis tentang kecemerlangan. Bagi mereka kecemerlangan itu ialah duduk terperap di dalam bilik, belajar dan belajar, jawab peperiksaan, dapat KERTAS sekurang-kurangnya 3.5 dan tamat pengajian dengan Ijazah kelas pertama. Mereka adalah golongan yang hanya mengangkat topi kepada mahasiswa yang berjaya menggapai kejayaan seperti itu. Tabiat pemikiran mereka bukan berada pada litar ’single track mind’- menjangkaui disiplin ilmu yang lain.
senangkan kalau aku berterus terang bahawa ini bukan penentu segalanya kehidupan kite. Ya! aku akui kite perlukan duit, drp mana dtg nye duit? bekerjalah! tapi bagaimana penentuan pekerjaan itu dr sudut nilai dan etika? aku menganggap KERTAS itu sebagai satu format penilaian terhadap markah exam dan hasil kerja mahasiswa tanpa mengambil kira sama ada pelajar itu BETUL-BETUL beretika dlm proses pelajaran dan pembelajaran mereka sepanjang pengajian.
"TOYOL"? how can we describe it? bernilaikah jika KERTAS anda beretikakan ia...? jadi ini semua bergantung bagaimana ada mendidik diri anda utk menjadi pelajar yg bertanggungjawab dan lebih beretika. Disiplinkan ilmu itu agar diri anda sebagai mahasiswa kebanggaan negara tidak larut dek kebodohan diri sendiri semata-mata.
Isu perkongsian ilmu, anda mungkin lebih tertarik jika terus ke laman si blogger ini . antara perkara yg dibangkitkan hanya pada pandangan beliau sahaja. tidak perlu dibangkang mahupun dicantas.
Aku bersidang ini kerana aku merasakan setiap mahasiswa di muka bumi ini semuanya sama. aku sendiri antara golongan mereka. Kekadang malu bile kata-kata tidak menggambarkan pendirian sebenar. jadi ape mahu kesah, kita sudah diajar begitu sejak azali. Cume tidaklah berlagak sombong hanya berpegangkuat pada KERTAS yg BERETIKA tu.
so whatever kind of us, we are sucks! dont ever say no because we deserve it.....
p/s: sengal.bebal.
Comments
Post a Comment