Kebergantungan hati.

   Sudah terdidik hati ini untuk cekal sendiri diatas jalan ini. Jalan yang dikongsi berbondong- bondong umat. Akan ada yg berlari laju memotong, ketika kuat semangatnya, gagah fizikalnya. Akan ada yang memerlahankan rentak langkah seketika, ketika lelah menghantui mereka. Akan ada juga yang seiring sejalan dengan kita, jatuhpun bersama, bangunpun bersama. Sungguhpun begitu, menapak tanpa halangan kurang terasa nikmatnya, kerana manusia dan pancaroba bagai irama dan lagu, bak hitam dan merah. Bukan dinilai sedalam mana dahsyatnya dugaan yang menghempuk, tapi setinggi mana kita mampu bangkit setelah diuji. Bak kata2 Laksamana Hang Tuah kepada Gusti Puteri Ratno Dumillah  nya "Jika Patah Sayap Rajawali, Bertongkat jua Kanda Kemari"....

   Dan diatas jalan ini, panaroma yg dilihat pasti akan berbeza, bergantung pd sudut pandang masing2. Maka tidak perlu terkaget, terkesima tatkala penerimaan individu terhadapt satu2 perkara beaneka bentuknya. Hanya perlu hormat akan hati, sudut pandang dan buah bicara mereka yang lain. Hanya perlu menyokong , kerana sokongan itu lebih dari segalanya. Dan sokongan itu pelbagai bentuknya. Dan hati ini tahu, yg seiring dengannya sudah sehabis daya, sebulat usaha menyokongnya...

   Hati manusia itu pelbagai. Ade yg berhati cekal, digarit, dihunus, ditoreh tetap teguhnya. Ade yg berhati cengeng, disentuh terguris, tergarit bernanah. Jangan dipandang enteng hati yang lain, jika hati kamu tetap utuh. Jangan dipandang remeh hati yang laen, jika hati kamu tetap tegar. Kerana masing2 punya hati, masing2 punya rumus sendiri, akan tetapi tetap berkongsi gelanggang yg sama, berpencak dgn matlamat yg serupa...

   Sungguhpun begitu, jangan diharap sorakan semangat ketika berlari, jika motivasi diri berlalu pergi. Jangan diharap diberi obor pembakar diri, jika hati disimbah cuka dgn tangan sendiri. Permulaannya datang dari diri ini, pencucuh semangatnya adalah hati ini. Terus cuba tidak beri runsing, tidak tinggal onar pd mereka2 yg dikiri dan kanan, akan terus cuba melangkah walau kaki dihambat resah, tangan digari masalah. Kerana itu semua lumrah yg tidak membawa padah...

 Selagi adanya suara yang menyokong, kaki ini xpernah berhenti menjejak. Selagi adanya rahmat cinta yang bertebaran, hati ini tidak pernah sepi, tidak lagi sendiri....

Pada waktu segala hubungan dibumi ditutup orang, hubungan ke langit lapang terluang..

maaf dari hati buat kalian...


Comments

Popular Posts