Larut malam.

Jarum jam meniti ke tepat pada angka 2. Aku masih lagi di sini ditemani cahaya lampu kalimantang bersama dialunkan angin kipas berdiri tegak yg tidak jemu berputar menyelesakan hari-hari aku.

Sengal-sengal bahu ini kala malam bulan mengambang sinarnya terang menerangi gelap gelita bumi tanahair tumpah darah aku ini. Menyandar di kerusi utk terus mengisi kekosongan bahagian ini dgn jiwa-jiwa kental dan larut. Terus dgn perasaan yg ingin dikongsi bersama manusia yg peka dan mahu ketahuinya tentang hati ini.

Pertama dan utamanya ingin dipanjatkan syukur pada Tuhan empunya alam ini yg maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Berkuasa atas kekuatan dan kewarasan yg dikurniakan pada diri aku utk terus hidup berbakti demi agama Nya, bangsaKu dan negaraKu.

ok, perkara ingin dikongsi bersama hari ini.
Perkara pertama yg bersangkut paut dgn hubungan 2 insan; laki dan perempuan. Laki diibaratkan aku seperti "heavy smoker" dan perempuan seperti "rokok". Di mana signifikannya maksud perumpamaan ini. Bercinta melibatkan laki dan perempuan, maka seorang laki berkejayaan kerana sokongan seorang perempuan. Begitu juga "heavy smoker" apabila dpt "rokok" ia akan segar dan kuat. Bayangkan bagaimana "heavy smoker" ini tidak mendapatkan "rokok" nya walau sehari??.jatuh, menggigil, meroyan mungkin..begitu lah maksud perumpamaan ini. Ini hanya perumpamaan yg boleh dicantas, tp begitu yg aku rasakan di mana ia berkait rapat dgn keadaan di sekeliling aku.

Bukankah tiap2 yg berlaku di dunia ni tersingkap pelbagai erti dan hikmah yg sarat kandungannya. Jadi tidaklah org-org dulu ber'peribahasa' dgn mengaitkan sesuatu bahan/benda dgn kehidupan seharian. Ok, contohnya seperti kacang lupakan kulit, seperti aur dan tebing dan mcm2 lah..so tercetusnye idea tuk aku ber'perumpamaan' atas pengalaman dan pemerhatian. 


"tak puas berkias lagi"




p/s : yg indah itu bahasa, yg hensem itu aku. yg comel itu kamu.

Comments

Popular Posts