Gembira dalam resah

Selamat tengahari dan selamat sejahtera ke atas kamu wahai si pembaca yg budiman.

Bersyukur kepada Tuhan yg memberi kesihatan dan kekuatan utk aku terus melakukan urusan dunia ini agar urusan itu berada di jalan Nya.

Melihat dunia ini dari pelbagai sudut dan perspektif, sehingga kadang-kadang terasa pandangan itu disalahertikan sesetengah pihak. Kembali kepada Pencipta dunia ini jika hati tidak setuju. Dunia hanya sementara akhirat jua yg kekal selamanya. Setiap inci per detik perjalanan hidup ini hanya utk mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Kebaikan itu baik tetapi dipandang tidak baik dan mungkin kebaikan itu tidak baik tetapi akan dipandang baik. Bermaksud kepada semua perkara yg berlaku di dunia ini hanya pandangan manusia yg berakal dan adil terhadap akal itu. Jika tidak ia menjadi sesuatu keburukan.

Gembiralah wahai aku kerana resah mu tidak kemana sedangkan Tuhan mengerti hatimu. Jika ketelanjuran sikap itu mengundang tanggungjawab, berikan wahai aku itu petunjuk utk memperbaiki.



-Maaf itu bertempat-

Comments

Popular Posts