Apa khabar hati?
Alhamdulillah setelah beberapa perkara pelik telah melanda hati dan jiwa raga ini, maka hendaklah diperkatakan bahawa aku telah menghadapi program muhasabah diri secara terus menerus dgn yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Kesedaran tentang sesuatu perkara yg aku lalui hanya selama beberapa minit mengHambakan diri pada Nya.aku merasakan Dia lah yg sgt Kasih dan Sayang terhadap makhluk Nya jika makhluk nye melakukan perintah dan suruhan Nya...jd aku tidak perlu mengharapkan kasih sayang mahupun ketenangan daripada makhluk serupa dgn aku malah aku mempunyai Tuhan yg Maha Mendengar dan Maha Mengetahui segala ada dlm hati ini.
Setiap benda yg berlaku telah ditetapkan dan juga ujian untuk hambaNya. Keadaan hati kini semakin meningkat kadar semangat dan juga keyakinannya..Ini semua bkn la di atas perkara yg aku lakukan tp kerana kehendakNya yg menetap kan "Buat baik di balas pahala dan ketenangan"...
Beberapa perkara yg perlu diperbetulkan adalah:
1. Hubungan aku dgn yg Maha Esa.
2. Perlu menjaga sifat dan tingkah laku agar tidak jelek dipandang masyarakat dunia.
3. perlu menjaga hubungan antara makhluk (family, kwn2, serta bangsa2 bersatu.....=p)
4. aku merasakan ia sgt penting iaitu menjauhi Maksiat dan membazir masa.
5. terima qada' dan qadar yg telah ditentukan Nya dlm hidop ni.
setiap perkara yg aku lalui ni aku rasa aku kene jadikan pedoman dan juga pengalaman...
org kata pengalaman ni adalah guru plg hebat dlm hidop kite..mengajar kite mana yg baek mahupun buruk...
Biarlah aku hidop x sempurna di mata manusia, janji hubungan aku dgn Nya terjaga...
mak aku kata, kte hidop kat dunia ni bkn la sempurnan pn..byk kekurangan antara tiap2 manusia yg hidop kat dunia ni...so knp aku nk malu pd diri atas sbb aku ada kekurangan..org len hebat mana pn,pasti ada kekurangan nye...
jadi kekurangan itu satu kelebihan untuk kegunaan dan juga kebaikan diri dan juga smua perkara.
Semoge masalah yg dihadapi dpt selesai dgn mudah dan tenang.
-Hati ikhlas untuk semua Manusia-
Comments
Post a Comment