Hikmah
2020,
Kau bakal menjadi lipatan sejarah buat semua orang. Terkesan sepenuhnya dari setiap aspek kehidupan, baik aspek kesihatan mahupun ekonomi.
Tiga bulan bertajukkan Perintah kawalan pergerakan (PKP) menzahirkan rasa syukur kerana aku punya masa yang sangat banyak bersama anak-anak biarpun status bekerja,diistilahkan bekerja dari rumah (work-from-home).
Apa aku dapat daripada tiga bulan tersebut? Sangat banyak untuk dikongsi, baik dan kurang baik pun ada. Perkembangan anak jadi keutamaan. Alhamdulillah, sangat positif.
2020,
Gaya hidup kami juga berubah, dengan perkenalan kepada kehidupan norma bahru. Semakin rumit bila diperkenalkan peraturan-peraturan baru untuk diikuti. Jika tidak patuh, padah jawapnya.
2020,
Mengajar manusia untuk bermuhasabah atas ujian yang menimpa. Sesungguhnya tiada daya jua untuk mengatasinya. Nak mengatasi masalah kesihatan, ekonomi, sosial dan perlaksanaan ibadah. Terkesan dek satu ujian yang boleh dikatakan sangat besar. Pandangan dan ulasan serta perbincangan yang kerap kali dibuat untuk mendapatkan langkah penyelesaian. Akhirnya, makin rumit.
Berdoalah kita dengan ujian ini agar ia kembali tenang dan pulih. Moga ia menjadi suatu pemahaman pada kita bahawa bagaimana kita melaluinya sama ada dengan emosional atau rasional.
Comments
Post a Comment