Bukit Mewah
0055. 24.12.2017
Aku benak.
Gagal mendahului akal sebelum hati.
Bila kadangkala aku buka mulut, namun seringkali salah maknanya.
Selalu sepatutnya simpan dulu untuk akal, agar lebih rasional bila dihurai.
Gagal juga kadangnya.
Kuasa aku hanya doa, tapi aku belum betul kuat doanya.
Sebenarnya aku hanya tahu tuding, walhal aku sendiri patut dibaling.
Aku cuma mahu tenang bila menulis begini. Sekurangnya 40 peratus sudah di sini.
Selamat malam. Esok Santa turun.
mrmj
Comments
Post a Comment