Biskut Marrie.

Fuhhhhhh!
Salam sejahtera ke atas kamu sang penjengah belog. Sudah lama. Sangat lama. terlalu lama dibiar usang tidak berisi.

Hari ini tetiba diberi ruang oleh Pencipta Alam utk gua berkongsi kasih dan rasa di sini. 
Pertama,sibuk dgn kerja. Kedua,tiada ruangan masa utk menulis. Ketiga,idea yg byk lambat dibiaskan di sini.

Kalau ikutkan rasa, terlalu byk utk disiram tapi rilek dululah brader. Gua rasa hati tak cukup anjal, akal tak cukup masak psl lama tak beraksi. Dulu time belajar bolehlah habiskan masa dgn menulis,sekarang belum tentu.

Cukup. Sebelum ketengah,baik gua mohon ampun maaf pada insan-insan yg merasa kehadiran gua dlm kehidupan nyata mereka tidak perlu, baik sebelum atau selepas atau bila-bila masa. Itu normal, gua pun manusia dan gua harus terima. 
Menguji dan diuji bak kata mak gua "hidup tak bermasalah,tak menarik..". Macam lu naik roller-coster, ada kejap nak jerit-jerit, ada kejap nak berdekah-dekah, ada tu siap nak menangis psl hypertakut. Tapi lepas lu dah layan roller-coster tu,kompem rasa mcm baru lepas berak. Lega tahap dewa dewi. Maka,jom bercinta dgn masalah, ia bakal memberi kelegaan tahap bidadari syurgawi. 

Pejamcelik, EH! dah separuh 2013. Masa mmg pakar pemadam memori sampaikan gua lupa bila gua last beli t-shirt. Boleh tahan sarkastik bin sinis ayat gua. Mujur memori gua ada sikit ok, gua masih igt kaler dan nama t-shirt tu walaupun gua dah simpan dalam container baju-baju. p/s: *mmg gua simpan baju dlm container*. Bkn nak cite psl baju,tp nak cite benda yg dah lepas. Sampai bila nak jadi bahan taruhan, sentimental sgt pun tak cun gak. Ye dak? Tapi kalau utk masa depan kita siram dan baja drp sekarang dgn doa,angan2 dan usaha yg padu dan padat, mungkin segar dan ranum hasilnya. :)

Siamang apa gua malam ni, kemain nak positif. 
Sebelum kehujungnya, gua akan pastikan yg ada hasil yg ranum pada separuh tahun yg kedua. Paling-paling gua dah berjaya mencandat sebuah pekerjaan tetap. Amin.

Soal kawin? Jauh perjalanan, luas pemandangan. Selalu,gua akan senyum dgn soalan-soalan ala-ala komander ni. Gua laki, gua tahu apa yg gua mampu dan tak. 

Cukup.

Selamat malam. Salam Takzim. SeorangSatuHati.


Comments

Popular Posts