Aku, ujian dan ubah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama aku rasa tidak menulis. Rindu nak menulis. Kekangan masa selalu tidak mengizinkan. Ditambah pula dgn masalah komputer riba yg meragam teruk. Kiraan hampir 5-6 bulan lalu, aku menghadapi satu turning point dalam hidup aku sendiri. Itu mmg lumrah manusia bahawa setiap jalan itu akan ada perubahan. perubahan drp segi geografinye ataupun drp sudut teksturnya. kau tahu maksud turning point tu? Pada aku ia nampak lebih baik drp sebelumnya. Its called maturity period. Kau beselerak dgn manusia,kau akan lebih jelas dgn dunia ini. Ini baru aku cerita dunia. Bertanggungjawb atas sesuatu kejadian dan lebih komited menjalani kehidupan. Menuju jalan yg benar. Amalan dan ilmu tidak mungkin terpisah. Ilmu digarap drp pelbagai cara, mungkin drp pendengaran tulus,penglihatan dan perbualan . Ilmu itu aku aplikasikan dalam penambahbaikan amalan aku. Hanya kerana senaskhah kitab suci Al-Quran, diiring dgn kesedaran yg dilihat aku rasa ada sedikit perubahan. Bukankah itu turning point yg baik? Sekarang proses masih berjalan. Aku gembira dgn kehidupan aku. Keluarga dan dia seakan tahu perubahan yg sedang aku jalani. Tak reti nak ber'quote' mahupun kopipes 'quote' ilmuwan. Cuma aku igt pesan emak aku... " Diri tu biar jadi mcm ikan,tak terpengaruh dek air masin walau pun dicampak ke darat.."

Comments

Popular Posts