People Change.
"hari ini aku sedih lah Pat.." ayat pertama sebaik saja Pat meletakkan punggungnya di kerusi sebelah driver Proton Saga hijau lembut itu.
Terdengar esakan drp Kecik menandakan ada sesuatu yg berat mahu disampaikan. Dihulur BlackBerry Bold 5 hitam itu kpdnya. Pat membaca dgn teliti chat BBM di antara Kecik dan bekas kekasihnya. Senyum Pat menjadi cuka seketika sekaligus menepati keinginan suasana di dalam kereta itu.
"sabar lah..ini semua dah tertulis utk dia.." kata Pat cuba menenangkan keadaan tegang itu.
Tengah hari dihari Jumaat sgt mencabar, berjalan Pat dan Kecik menuju ke masjid sebaik memakir Proton Saga hijau lembut itu. Panas hari itu terasa. Jiwa yg sedih itu juga tempias.
Pat memikirkan sesuatu yg baik utk Kecik, bersahabat sejak 6 tahun lepas. Hati budi, kuat lemah dan susah senang sudah jadi pelengkap mereka. Sejak sebulan dua yg lalu, Pat cuba membantu drp segi moral dan bekalan nasihat. Sebagai seorang kawan itu satu tanggungjawab juga. Jika ia salah, bukan menghukum dan jika benar bukan menyokong saja. Itu yg Pat mampu buat utk sahabatnya Kecik.
Alhamdulillah. Dengan kuasa Allah, perubahan demi perubahan atas bekalan nasihat dan hujah selama ini membuahkan sesuatu. Senyum Pat tenang kali ini. Setiap doa Allah makbulkan. Itu tanggungjawab seorang sahabat.
"hari ini aku gembira Pat.." sama seperti dulu (scene)
"apa cerita gembira sgt ni.." senyum Pat membalas dgn tny.
"igt dulu aku pernah ckp dgn Shipot (ex-Kecik) yg aku tak layak imamkan dia, aku tak layak jd pemimpin dia.."
"ok..so? "tny Pat sambung.
"td aku imamkan solat dekat surau tingkat 5 angsitu..nebes pestime..haha " balas Kecik dgn senyum tak lekang..
"baguslah..syukur" balas Pat. Bangga.
Bila usaha dakwah itu membawa kebaikan, ia sesuatu kejayaan. Maka berkembang agama itu dgn hati yg ikhlas memberi. Alhamdulillah.
Comments
Post a Comment