Jam 4.40 pagi.

Belum tidur lagi. Sibuk menggarap tugas yg inginkan ketenangan, apa lagi kalau bukan berkaitan akademik. Enak ditemani secangkir nescafe dan belaian lagu pilihan, aku lalai dgn apa yg jadi dgn dunia luar seketika. Selalu saja aku memikirkan, kadang kala tidur tidak lena, makan tidak cukup. Saban hari aku cuba dan terus mencuba ke arah keputusan, tapi kerap saja bantut. Disebabkan tidak ada makna kalah dlm kamus aku, aku masih lg semakan otak dgn ia. Mudah-mudahan dipermudahkan oleh-Nya.


Hari ini hari ke 2 aku tidak sangkut-menyangkut dgn dia. Suram kekadang, tapi apalah daya jika kecewa melanda dirinya. Sukar bukan jika hidup atas hidup manusia? Ini hakikat manusia saling bergantung. Tidak salah. Aku juga begitu. Manusia tak pernah langsung tidak lakukan salah, salangkan insan itu berhati. Berhubungkait dgn manusia apatah lagi jika mengundang salah kadang-kala. Terima segala norma manusia itu dgn akal, walau kerap saja kakologinya tidak selaras hati sendiri. Terus aku katakan ia masih lagi normal, tidak kurang tidak lebih. Ngam-ngam hati menerima. Jika tidak mampu bkn urusan aku, aku hanya watak di jalan ini yg cuba sampaikan jiwa itu dgn jujur.


Tidak sehebat mana, tp dah lama aku tak menulis. Aku tumpul idea bila selalu saja berkhalwat dgn nombor dan formula. Cepatlah habis inginnya.




" aku sayang kamu, bukan kerana apa dan siapa kamu. 
tapi kerana siapa dan apa aku bile aku dgn kamu "





mak.ayah.kamu.


Comments

Post a Comment

Popular Posts