Jauh Berjalan

Benjo dan ehem2nye.....


 wedding abg mumy(05.06.11)


Jauh Berjalan


Ke tempat asing…
Bukan melopong kosong…
Tapi melihat mentafsir..
Dan ini hasil pemerhatiannya…

Bukan ilmu akademik dicurah guru..
Tapi gerak laku insan tidak kaku…
Juga panorama yang bukan hanya fatamorgana..
Yang tersurat tersirat isi pengajarannya….

Bukan untuk dihitung dikali..
Melihat apa yg aku ada kalian tiada..
Aku harus bersyukur..
Melihat apa yg kalian ada aku tidak ada..
Aku rasa sangat kagum…

Cara hidup manusia berbeza..
Kehendak dan kesukaan hati tidak sama..
Kemampuan masing2 pelbagai batasannya..
Pokoknya masing2 harus tidak kufur nikmat..

Kegembiraan kehendak mereka harus yg utama..
Hargai mereka selagi kudrat terdaya..
Sayangi mereka sepenuh jiwa raga…
Siapalah kita tanpa keluarga..

Berdikari itu bukan hanya pada diri..
Berdikari hati, juga berdikari akal..
Xsemua mampu berdiri..
Jika xpernah berani sendiri..

Aku?
Masuk kandang kambing mengambing..
Masuk kandang lembu mengelembu…
Dibaling ke langit menjadi bintang..
Dicampak ke tanah menjadi mutiara hati kamu…

Graf hati ini tiada sempadan…
Sentiasa infiniti mendaki lakarannya..
Jauh manapun kita berjalan…
Jawapannya tetap diqalbu bahagia ^_^





Hati tertinggal disitu.

Comments

Popular Posts