Second parents


Dikesempatan ini dgn setulus murni lahir dr hati yg suci aku dgn kerabat-kerabat BeNjo SpeSeL ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kpd seluruh umat manusia yg begelar GURU, CIKGU, PENGAJAR, MAHAGURU, USTAZ, USTAZAH, PENSYARAH dan seangkatan dengannya. Lahir ke dunia ini aku telah dididik oleh guru yg plg hebat tiada tolok bandingnya iaitu Mahaguru En. Joe dan Ustazah Pn. Nor yg mmg tak jemu-jemu mencurahkan ilmu. Apabila aku mengenali dunia luar rumah, aku mengenali lebih drp seorang insan-insan si penabur ilmu yg menjadi ayah dan emak kedua aku. Di sini ingin sekali aku panjatkan kesyukuran kerana kini aku berdiri di sini dgn hasil drp benih-benih ilmu drp para guru sejak dr bangku SEKOLAH KEBANGSAAN UDA 2 (kini masih lg gah), SEK AGAMA BANDAR BARU UDA (port usha awek ni & subjek munakahat plg aku minat), SEK. MEN. KEB. BANDAR BARU UDA (pengalaman indah byk kat sini), dan SEK. MEN. TEKNIK PONTIAN (byk belajar berdikari). 

Kalau nak dilistkan  nama mmg jenuh la kan, tp apa yg penting apa yg aku jd hari ini atas usahasama para guru yg mendidik baik duniawi mahupun ukhrawi. Jasa mereka mmg tak terbayar dgn nilai ringgit, hanya doa drp seorang murid sj yg aku mampu berikan kpd mereka. Semoga para guru seluruhnya mendapat manfaat dan pahala yg berlipat ganda. Segala susahpayah mereka tidak dpt di balas.


Thanks for making learning so much fun!! memories remain..
kpd Cikgu mertua juga Selamat Hari Guru!..haha. (kidding)




Comments

Popular Posts