Salah Silap Siapa

Wahai diriku,

Kejahatan itu bukanlah satu kebetulan. Ia adalah satu kebiasaan yg terbentuk perlahan- lahan, tahap demi tahap. Pertama kali terbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah. Jiwa resah kerana diri menentang fitrah. Kesalnya bukan main. Sesalnya sungguh merimaskan. Rasa bersalah itu mmg resah. Benarlah spt yg diungkapkan, apabila manusia berdosa, dia bukan shj menentang Allah ttp juga menentang hati nuraninya sendiri.

Namun, rasa berdosa itu tidak lama. Jika dosa yg sama dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya… rasa bersalah itu akan hilang. Sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa. Rasa bersalah tidak muncul lagi.Ia sirna dimamah oleh dosa demi dosa. Jika dulu ada air mata yg mengalir krn kekesalan dan penyesalan ttp di tahap kedua ini, tiada air mata lg. Alah biasa tegal biasa. Hati telah tega utk berdosa.

Dosa itu racun yg disalut kemanisan. Dosa yg dizalimi tidak akn terhenti kesannya pd hati. Drpd tahap terbiasa dgn dosa, kederhakaan meningkat lebih parah lg. Tibalah hati pd tahap ketiga, yakni seronok dan rasa indah dgn dosa. Diri sentiasa mengintai peluang dan ruang utk melakukannya. Rasa gian dgn kemungkaran akan mencengkam hati dan diri. Racun dosa terasa nikmatnya. Tiada lagi rasa bersalah. Bisa dosa yg terbiasa menjelma mjadi fatamorgana nikmat yg tiada taranya.

Nafsu tidak pernah puas. Kehendaknya tiada batas. Syaitan tidak pernah tidur. Usahanya tidak pernah kendur. Lalu apabila syaitan meluncur laju di lebuh raya nafsu, diri yg seronok dgn dosa itu dirasuk ‘maju’ setapak lg. Itulah tahap keempat yg lebih dahsyat dan sesat.

Keseronokan dosa menjadikan si berdosa itu pembela dan pejuangnya. Dosa dipromosi dan dihiasi sbg jalan kebenaran dan denai keindahan. Jgn ada pembela agama yg bercakap tentang akhirat dan kiamat… pejuang dosa itupun bangun menentangnya dgn seluruh upaya dan kudrat.

Justeru wahai diri, berhati- hatilah dgn dosa. Jgn tertipu dgn oleh kecil atau remehnya suatu kederhakaan. Ingat, tusukan dosa bukan seperti belati yg membunuh tiba2, ttp ia seumpama api dlm sekam yg membara dlm diam. Keterlanjuran kali pertama usah disusuli oleh kesengajaan kali kedua. Kelak akan menyusul perancangan dan perjuangan atas nama dosa.

Wahai diri… ketika rasa bersalah singgah did lm hati pd kali pertama kau berdosa, ketahuilah itu adlh ‘peringatan’ yg Allah bekalkan secara tabii utk menjaga fitrah insan. Itu petanda yg hatimu masih hidup. Penyesalan itu kn syarat taubat? Tidak mengapa jika kau terlanjur lg berdosa slps itu. Bertaubatlah kembali. Hatimu akn hidup lg. Selagi ada rasa bersalah, selagi itulah ada saranan utk kembali pd Allah. Jgn putus asa oleh taubat yg patah, krn kasih syg Allah akan menumbuhkan taubat kali kedua, ketiga dan seterusnya.

Wahai diri, biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak, dlm taubat demi taubat yg tidak ‘menjadi’ berbanding larian dosa yg maju dan laju tanpa henti- henti. Lebih baik tbentur, drpd patah. Lebih baik hatimu selalu terdera oleh rasa berdosa sepanjang hayat, drpd tertipu oleh ‘nikmatnya’ yg menyebabkan seksa selamanya di akhirat.

Wahai diri, ingatlah… sekalipun kau terhijab drpd mengecapi nikmat ketaatan, tp jgn sampai tertipu oleh nikmat kejahatan. Berhati- hatilah menjaga hati. Ingatlah, kejahatan yg menyebabkan kau menangis lebih baik drpd kebaikan yg mebuatkan kau takbur…

Sedikit makanan jiwa utk diri yg sering alpa dan mereka yg tandus bekalan ‘kesana’. Tiada kaitan dgn mrk yg rasa diri tidak pernah berdosa…..

Tidak mengapa kau selalu menangis krn dosa ttp jgn sampai kau tersenyum krnnya...

hitam.merah |7920


Comments

Popular Posts