Rasa.Perasaan.Merasa.

Mengeluh. Bukan lagi sesuai pada kala ini. Apa pun tak menjadi kalau asyik dgn mengeluh. Sisa baki yg ada ni aku hempas pulas lipat gandakan usaha yg aku terdaya. Bekerja di bawah tekanan ni kekadang menguji emosi dan minda walhal ia boleh dicegah jika langkah itu diatur lebih awal. Jika emosi dan minda tak sehaluan maka berkemungkinan merebak ke serata peringkat. Masih lagi belum puas dgn keadaan ini, aku teruskan dgn apa yg dihadapan tidak terus memikirkan apa yg sudah lalu. Hidup ini mcm roda, kekadang mudah kekadang sukar. Masa yg ada aku syukuri, mohon segala kudrat yg ada ini dgn izin Tuhan aku lebih tenang dan bijak mengawal situasi.

Tugas bukan lagi diambil kira, tetapi kerjasama dan pengorbanan pada satu-satu masa biar bertepatan dgn kehendak tujuan. Tidak jatuh sebelum dirempuh, tidak lari sebelum dikejar. Parang aku asah 5 purnama tidak akan disia-siakan utk hadapi gelombang duniawi. Teruskan berjalan walau tidak berlari kerana tujuan dihadapan sama. Titik akhir berbeza tapi jalan cerita aku ukir biar menarik.

Fitrah manusia rasa takut dan cemas utk menghadapi masa depan, namun jika berlebihan dan melangkaui batas fikiran yg sihat dan waras, maka ia boleh tergolong kpd penyakit kejiwaan yg sgt berbahaya. 








si hamba ilmu teruskan perjuangan!

Comments

Popular Posts