Rasa

Hari ini tak lagi seperti sebelumnya. Entah apa yg ingin disampaikan isi perasaan ini, kekadang rasa mcm bukan aku yg empunya hati ni. Tak mengerti akan kehendak sebenarnya, aku turutkan saje jalan yg cantik elok di depan ini. Resah pun bukan, risau pun bukan, tp tak tahu ape mahu dirungkaikan sang hati. Minda bukan lg jalan utk memikirkan penyelesaiannya, manusia bukan juga bahan utk menjelaskannya tapi mungkin Dia lebih mengerti maksud tersirat sulit dibenak hati ini.

Langsung aku lupa akan keupayaan aku yg sebenar, setelah habis tenaga melayan kerenah jasad aku lari ke dunia yg seregum pemikiran mindanya. Huh!mengeluh saje aku ditendang oleh si perasaan misteri. Cuba mengawal padahal itu bukan yg terbaik, kenapa aku rasa kau seperti bukan kau? atau adakah aku ini jauh terpesong drp jalan kita? masih lagi aku bingung memasak minda memikirkannya.

Telah aku jadikan perbincangan itu sbg jalan penyelesaian, tp tidak rasa akan situasi minda ke minda dan hati ke hati itu. Setelah sepurnama aku perhatikan, aku rasa aku si pesalah yg melanggar adat protokol perbincangan itu. Keterlanjuran kata dan tekaan melulu telah jadi satu titik jurang dlm setiap perlakuan dan percakapan. Aku pesalah! maafkan aku bukan ape yg kau inginkan. Sempurna kamu dlm jalan kamu sedang aku terus buntu mengatur langkah hidup ini. Aku berprinsip mudah, dan kamu lebih kemas berprinsip.

Aku rindukan aku. Jika bukan hari ini nasib bersama, hujung kasih biar selamanya. Mencari bukan memilih, aku letak ia pada satu darjat, bukan memartabat. Kalau busuk terusk busuk tidaklah sampah menjadi hidangan si gagak. Masih ada baik pada sesuatu buruk itu. Sidang hati hanya utk kamu.






Comments

Popular Posts