Larian Kehidupan..




"Hidup ini memang palat, tapi esok masih ada "



tidak kerana kehidupan tapi hati selalu rasa ini dan itu..bukan senang nk rasa tenang, dan bukan susah nk rasa gundah. itu perasaan bukan pemikiran yg tentukan, aku masih lagi berlari mengekalkan rentak menggali lubang-lubang kebahagiaan.

inginkan hari ini lebih baek drp semalam, dan esok lebih baek drp hari ini. begitulah seterusnya. keinginan tidak sejajar dgn larian ke arah itu kekadang tersasar jua. hanya diri aku mampu merancang, tapi yg DI ATAS itu lebih tahu.

yang telah terjadi buat aku bersedia tuk yang akan terjadi. mental, fizikal, emosi, hati, jiwa dan maruah sedang dilatih tubi agar terus kukuh tidak ampuh. kematangan pemikiran tidak selalu tepat tp perlu keanak-anakan juga. jadi bagaimana? semua bergantung kpd situasi dan selang masa yg tertentu. 

aku masih aku, kuburan di mana pun aku tetap aku. tidak ber-bin kan sesiape, masih lg Mohd Johari dan sehinggalah aku ber-bin kan Norhapipah. itu jalan yg pasti dan tidak mampu dielakkan. muhasabah diri.






p/s : kejar yg perlu, tinggal yg dilarang. beringat sebelum diingat.

Comments

Popular Posts