Dicabar...

mengeluh aku dgn kerenah kau..
benci aku masih tertahan dgn sikap kau...
buruk aku terlihat dgn ketidakpercayaan kau...
keperibadian aku tercabar dgn tanggungjawab pada kau...
mengikat keputusan aku dgn kelemahan kau...
kehidupan aku atas kehendak kau...
kejahilan aku atas keinginan kau..
Keimanan aku yg sekecil kuman menghadapi godaan kau..

Kegagalan aku yg lepas,mengikut kemahuan kau..
Kesilapan aku kerana tidak memahami kau...
Jatuh bangun aku tidak dlm pengetahuan kau...
Urusan hidup aku semua dicelah kain kau..
Kotak fikiran aku diracuni diri kau...


Ape yg aku ada utk aku jadi diri aku yg sebenar selain aku terpaksa merosakkan ia menjadi lebih teruk. Itu juga kemahuan kau aku turutkan. Tanggungjawab atas apa yg telah dibuat membuatkan aku diburu seperti penjenayah. Aku berperasaan dan kau tidak mengerti erti perasaan itu. Kau kata gunakan akal, bila aku gunakan kau kata menderita. Bila aku gunakan hati, kau pula yg tak bahagia. Apa yg aku mampu beri selain tanggungjawab yg tak berperasaan.Itu yg kau nak bukan?? Jadi itu yg aku berikan. Tapi kau memaksa aku tuk berlaku curang dengan hati yg tidak berperasaan ini pada kau lg. Kau silap atas apa yg kau lihat dulu. Dulu aku selembut-lembut kapas, tp kini aku sekeras-keras batu. Itu kerana aku terajar drp apa yg aku hadapi dgn kau. 


Penat aku menghadapi kau tuk aku melihat diri kau, fikiran kau ke arah positif. Tapi aku hanya manusia yg byk kelemahan dan kekurangan yg kau tidak boleh terima seadannya walaupun kau kata Ya pd kelemahan dan kekurangan itu. Bisikan aku kini menjadi jeritan. Tidakkah kau sedar apa yg aku juga inginkan?? 

Ya kejahilan aku beri kasih syg dan mengharapkan kefahaman sbg balasan. Mungkin aku tidak cukup kasih syg tuk kau memahami aku. Sudahlah kesali apa yg telah berlaku. Kau juga manusia yg punya citarasa sendiri, punya keinginan dan matlamat hidup sendiri. Pergilah berjalan menuju impian kau. Aku di sini hanya menyokong apa yg kau lakukan selagi ia baik pd Allah dan Rasul. 




p/s : Puas memberi.

Comments

Popular Posts