Ceritera Sang Pelayar 2
Kisah berlanjutan si pelayar bersama anak kapal nya yg kini agak tidak sependapat. Setidaknya anak kapal ini perlu patuh dan taat pada si pelayar selaku ketua, tapi ia seakan akan tidak mengendahkan. Dengan keputusan yg telah dibuat atas kebaikan si pelayar itu sendiri dan juga anak kapalnya, maka mereka kini tidak lagi terus tuk bersama di dlm sebuah kapal utk melayari perjalanan impian mereka.
Kesedihan atas apa yg telah berlaku menjadikan pengajaran dan pengalaman bahawa hidup perlu diteruskan walaubagaimanapun keadaan yg dihadapi. Sebuah kapal yg diterajui oleh seorang pelayar yg masih mentah dan rapuh menjadikan pelayar ini sgt menghargai dirinya. Kenapa perlu difikirkan orang lain sedangkan masih ada lagi diri yg perlu difikirkan?Itu lah yg menjadikan si pelayar ini kuat tuk mengharungi lautan samudera.
Selang beberapa ketika tidak jauh dari perjalanan kapal yg baru belayar itu, dengan takdir yg ditentukan telah ditemukan seorang yg berhati mulia dan berdedikasi yg sgt bersesuaian utk dijadikan anak kapal menggantikan kekosongan jawatan itu. Lalu disoal oleh pelayar kepadanya "Sanggupkah dikau belayar bersama aku? Walau ape pn yg dtg?"....jawapan yg ikhlas dan yakin "BOLEH!!!!alah Malaysia Boleh xkn aku x Boleh??"...
Dengan keyakinan dan kesungguhan juga keikhlasan yg ditunjukkan olehnya, lalu dia diambil sebagai anak kapal kepada si pelayar itu tuk belayar bersama di dlm kapal yg serba indah itu.
.........................................................................................................................
Sepurnama telah berlalu, pelayaran mereka sgt mencabar mengharungi ombak besar, lautan bergelora, ribut di tengah laut, puting beliung. Namun tidak mudah berpatah semangat. Kecil-kecil kapal yg belayar tidak bermakna mudah ia mudah karam mahupun tumbang, tetapi keberanian dan kebijaksanaan mengawalnya. Dengan bantuan anak kapal yg sgt memahami dan memberi bekalan semangat yg tidak berbelah bagi, membuatkan pelayar merasakan impiannya boleh menjadi kenyataan.
Mudah-mudahan pelayaran mereka ini sehingga ke destinasi yg diimpikan si pelayar.
tidak akan berpaling walaupun sedetik. Terus berjalan walau apa pun yg terjadi. Kekuatan yg diperoleh dari manusia disekeliling, menjadi suntikan utk mengejar impian.
......................................................................................................................
-SelamatBelayar-
Comments
Post a Comment