Kesedaran itu kebaikan

Selamat senja juga selamat sejahtera atas kamu wahai si pembaca.


Bersyukur diberi kekuatan dan juga kewarasan utk terus hidup di dunia yg penuh dugaan dan cabaran. Kesilapan demi kesilapan berlaku dlm kehidupan seorang manusia yg mmg sifatnya begitu. Tidak sesempurna seorang manusia itu disisi Tuhan mahupun manusia lain. Kekadang terkucil di pandangan khalayak ramai.

Berjalan nya hidup seorang insan itu didunia bkn sj mengejar keduniaan sahaja,tp mencari kepentingan akhirat jua agar tidak bersimpang di hujung hayatnya. Semoga tidak tersalah jalan dipilih.

Utusan ini dikarang utk menyedarkan diri atas keterlanjuran kata mahupun penulisan hamba yg mungkin disalaherti atau atas khilaf diri ini yg bodoh dan kurang peka dgn persekitaran. Ya empunya badan, hamba merasakan keterlanjuran itu tidak dgn niat mahupun terlintas dibenak otak hamba yg berjambul ini.

Doakan kebaikan kpd manusia lain adalah sifat hamba,tidak berminat utk memburukkan manusia lain juga sifat hamba. Jika terlebih atau terkurang kata itu adalah kekurangan hamba. Memohon maaf itu baik tuk diri hamba, jadi hamba tidak malu dan x akan malu utk memohon maaf.

-terima kasih pengalaman-

Comments

Popular Posts