Shuke Shuki bersama...
Selesai sudah aktiviti pada hari ini dgn disulami nikmat gembira dan ketenangan menjalaninya. Syukur. Bermula dgn membangunkan seluruh jiwa dan raga pepagi yg ketengahari-an utk menyempurnakan tugasan terhadap diri sendiri. Nikmat tidur yg diberi aku rasa sudah cukup utk merasainya kala tugas aku sbg hamba ilmu ter-bantut kurang lebih seminggu oleh kerana sebab-sebab tertentu.
Selesai tugas pagi yg ketengahari-an itu, aku teruskan usaha ke arah menjamin kemaslahatan minda dan fizikal dgn mengisi ruang-ruang perut. Sesudah itu, menjelanglah malam yg kehujanan rintik-rintik kala menanti waktu utk bersama beliau, Cik Merah Pujangga buah hati intan payung kesukaan beta. Walaweh! Terus saja kami berlari-lari anak menuju panggung yg tidak canggung menanti kami yg sudah sepurnama tidak menjenguknya. Kali ini kami bertemakan seraM!!!...opps! tetapi tidaklah melampaui batas-batas minda, cuma kadangkala perasaan itu saja yg meracau minda itu agar ia menjadi bahan utk merasakan takut. Oh lupa! filem pilihan adalah......

Film : Karak
Direct by : Yusry Abd Halim
Genre : Horror
Personal Rating : 3.5/5
Kurang lebih satu jam setengah berada dlm panggung, selaku penonton di sayap paling kiri, mata beliau tidak bulat penuh menonton sedang beg yg dibawa rupenye bertujuan menutup hingga separuh bulat mata. Bolehlah dibayangkan macam mana seramnye kan.kan..kan? *tak pe, awak sgt cute macam tu.
Ok, selesai menguji ketahanan rohani, terus kami menuju ke gelanggang futsal menyaksikan aksi-aksi bebudak bermain futsal. Firstly, well done brader2 Jalan Kristal 7/77 kerana beraksi dgn cemerlang menewaskan team tak bernama dgn jumlah jaringan 12-11. Kemenangan tipis itu disaksikan rakan-rakan dan WAG's pemain. Terserlah kejantanan mereka menggelek bola itu utk mencipta kemenangan bergaya. Selesai sudah di situ...
Masih lagi bersama Cik Kiah penawar hati beta, kami menyambung aktiviti lepak-king kami di restoran mamak terkaya di abad 2000 ini. Restoran Hakim. Terkenal dgn kelazatan ayam gorengnya tidak terperi, tekak bagai diganja hati bagai dicandu membuatkan manusia (Melayu) majoritinya suka ke situ. Mujur aku bukan tekak mamak, kan Cik Puan penawar hati beta? hehe..OK! Selesai di situ, pulanglah kami ke sarang masing-masing dgn membawa seribu, sejuta dan mungkin sebilion rasa kasih dan syg antara kami. Kami yg dimaksudkan adalah kesemua ahli lepak-king td ok! don't think over what i'm thinking ok bebehh! Takutlah nnt ada yg tersilap pandangan kat kite ni pulakkan. Yelah, bujang la katakan. Ok! rangkuman hari ini semuanya indah-indah belaka. Tiada yg indah selain drp yg indah-indah belaka. Ni kalau tidur pun boleh senyum chorr!! Last, selamat malam dinda..dan kanda-kanda sekalian! Salam.
"selagi ada jasad ini, selagi itu ada rindu utk kamu.
selama mana melangkah kaki ini, tak kan terpadam nama di hati ini,
kalau busuk itu aku, bacin itu kamu.
kalau Merah itu kamu, Merah itu aku yg punya."
Comments
Post a Comment