Lambat Panas.


Matahari bakal menjelma tapi keinginan utk tidur masih lagi terbantut. Terpaku aku di depan komputer riba sedang jari jemari runcing aku terajak nafsunya ingin menulis di ruang halal ini. Sukar bila keinginan tidak sehala dgn waktunya, padahnya orang nyenyak dibuai mimpi time ni lah aku sibuk nak menulis. Baik, lately aku rasa macam tak keruan hati ni tanpa sebab yg sahih atau mungkin kurang rohaninya hati ini. Masih memikirkan tentang penyelesaian yg betul-betul penyelesaian bukan hanya kata-kata kosong tanpa keyakinan pada kata-kata itu. Aku ni jenis bukan terus memberi bila diminta secara langsung, perlukan pemikiran kritis dan kreatif agar tak tersasar tujuan dan matlamat. Namun, aku masih ada usaha atas sesuatu yg perlu diusahakan bukan berdiri tegak lagak Pak Pacak. Makhluk versi ciptaan di dunia ni tak sama sifat dan ragamnya, tapi kekadang rasa kurang itu ada pabila melihat setiap patah-patah perilaku tak selaras dgn kebijaksanaan individu. Maha unik ciptaanNya.

Sidang kali ini bukan inginkan respon, cuma hanya luahan berdasarkan pemerhatian. Dulu lain kini lain, hidup dulu tak sama dgn hidup sekarang. Aku sedar akan itu, tapi aku masih lagi jahil hati tentang sebilangan perkara yg aku sendiri tak tahu bagaimana mahu mengawalnya. Mungkin benar katanya dahulu, aku sudah banyak berubah. Mungkin perubahan aku terlalu mendadak hingga tak tercapai akal beliau nak pertahankan sesuatu yg diagungkan. InsyaAllah, aku harap akan perubahan itu lebih kpd kebaikan utk diri dan masa depan kelak. 

Since aku dah jauh berjalan ni, aku cuma harapkan tidak jauh dgn kebaikan yg pernah wujud dlm diri ini. Selalunya kebaikan ni susah nak jaga berbanding perkara buruk, yg membezakannya hubungan dgn Maha Memberi kebaikan itu. Bagaimana hubungan aku? ya, sejujurnya aku sendiri banyak lalainya tentang hubungan itu. *SilentMode

Ok! tenang semua..tenang..aku teruskan bicara, isu hari ini tentang mood. Takkan memberi kalau tak diminta, betol tak? konsep pastikan betul agar tak tersilap penerimaan. Cuma mungkin tak sampai kelubuk hati naluri sanubari niat yg diinginkan. Tidak mengapa asalkan hati dia gembira even on the other side agak terkontang-kanting, tapi bak kata si Jebat Durhaka " Mat, wa rilek laaa.." (bermuka segak lagaknya). Cukuplah, cakap byk pun kalau titik noktah kehidupan aku ditakdirkan di sini..............



Comments

Popular Posts