Asid Bertemu Muka

Harian Metro -Ahad,15 Mei 2011


KUALA LUMPUR: Polis meminta orang ramai berhati-hati dengan ancaman simbahan asid oleh lelaki tidak dikenali berikutan satu lagi kes cubaan terbaru di Jalan Desa Pandan, di sini, petang kelmarin.

Cubaan berkenaan menjadikan 23 kes dikesan dari Februari hingga 27 Mac lalu dan reda seketika sebelum kembali pada 6 dan 7 Mei lalu dengan masing-masing dua kes dilaporkan di Sentul dan Dang Wangi. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, berkata pihaknya mengenali identiti penjenayah terbabit.

“Seperti yang kita tahu, suspek berusia 30-an dan dipercayai menunggang motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam dan membawa botol berlabel 100 Plus ketika melakukan jenayah itu.

“Nombor pendaftaran motosikal itu dipercayai palsu. Kita akan lakukan segala-galanya bagi melindungi masyarakat,” katanya.

Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lumpur sebelum ini menubuhkan satu pasukan khas dibantu 40 anggota bagi membendung kegiatan suspek yang mensasarkan wanita dan pelajar sekolah.

Huh! Kejam! Seram!

90% mangsa adalah GADIS MELAYU. Yup! GADIS MELAYU! Yg memakai tudung. Yg laen adalah berbangsa India. Lokasi di perhentian bas atau jalan pejalan kaki.

Walaupun penjenayah tu mensasarkan kegiatan die terhadap golongan, jantina dan pada kawasan tertentu, kite semua kene alert tentang hal ni. Please beware!

Nanti nk g jalan2, shopping2, tgk movie pkai bendealah ni boleh?


BOLEH?

trend.xpuas hati,dendam,dengki,maen simbah2 asid.baek simbah air wudhu'.ke muka sendiri.

Comments

Popular Posts